arena

Pjanic sah ke Barca

Oleh AFP

BARCELONA mencapai persetujuan untuk menandatangani bintang tengah Juventus, Miralem Pjanic dengan nilai €60 juta (RM288 juta).

Kedua-dua kelab berkenaan juga mengumumkan nilai perpindahan itu tidak termasuk €5 juta (RM24 juta) berkaitan dengan pelbagai bonus.

Pemain berusia 30 tahun itu akan berkelana ke Nou Camp dengan kontrak selama empat tahun, bermula sebaik sahaja saingan musim ini dilengkapkan.

Kedua-dua kelab itu sebelum ini mengesahkan pemain antarabangsa Brazil, Arthur Melo menjadi sebahagian daripada pada perjanjian perpindahan dengan nilai berasingan sebanyak €72 juta (RM346 juta), ditambah dengan €10 juta (RM48 juta) untuk pelbagai bentuk bonus.

Disiarkan pada: June 30, 2020 @ 1:40am
d