arena

Nadal masih ragu-ragu

Oleh Agensi

RAFAEL Nadal masih mempertimbangkan penyertaannya dalam salah satu kejohanan Slam antara Terbuka Amerika Syarikat (AS) atau Roland Garros.

Toni Nadal pak cik kepada Nadal yang melatih bintang tenis itu sejak kanak-kanak dan kemudian dilantik sebagai pengarah Akademi Mallorca di Sepanyol berkata, Nadal belum pasti sama ada beraksi di New York atau Paris.

Bercakap kepada ESPN Deportes, Toni Nadal memberitahu anak saudaranya belum membuat keputusan untuk menyertai satu atau acara Slam yang lain, kerana ia mungkin mendatangkan kesan fizikal kepadanya.

"Saya bercakap kepada Rafa dan dia masih ragu-ragu mengenai beraksi di kejohanan.

"Jadualnya tidak masuk akal, terdapat terlalu banyak kejohanan besar dalam beberapa minggu.

"Jadual yang disusun oleh ATP bertentangan dengan pemain veteran serta bintang seperti Rafa dan Novak Djokovic. Saya sangat terkejut dengan program mereka.

Toni Nadal mendedahkan : "Saya fikir adalah penting untuk memprotes secara terbuka mengenai kalendar kerana tidak mungkin untuk memberi tumpuan kepada kejohanan tertentu dalam waktu yang singkat.

"Malah pada masa sama Rafa juga perlu mempertahankan gelaran di Paris dan New York."

Selain itu, Nadal menjadi juara bertahan di Terbuka AS dan Terbuka Perancis, dia juga memiliki 2,000 mata ranking untuk dipertahankan.

Disiarkan pada: June 30, 2020 @ 12:18pm
d