arena

Alvarez petinju 'gila' kereta mewah

Oleh Agensi

GAYA hidup mewah petinju, Saul Canelo Alvarez bagaikan tiada had.

Petinju Mexico, juara four-weight selepas menewaskan Sergey Kovalev pada pertarungan terakhirnya, cukup meminati kereta mewah, berjaya menarik penajaan besar selain hebat memikat beberapa wanita antara tercantik di dunia.

Pendapatan menerusi pelbagai program dalam karier sebagai petinju menyaksikan dia menyertai kelompok kelab lelaki jutawan.

Bersama rakan atlet lain termasuk petinju tunggal yang menewaskannya di gelanggang, Floyd Mayweather Jr; juara Masters, Tiger Woods, Michael Jordan (legenda bola keranjang), dan bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo.

Tidak hairanlah perkhidmatan streaming DAZN menandatangani kontrak bersama bapa berusia 29 dan mempunyai tiga anak itu dalam perjanjian pertarungan gergasi yang dilaporkan antara kontrak mewah bernilai jutaan ringgit pada 2018.

Minat pada kenderaan mewah tidak terbatas kepada kereta malah dia turut memiliki koleksi kenderaan pacuan empat roda.

Tahun lalu, dia memandu Bugatti Chiron - antara kereta terpantas di dunia bernilai £2.3 juta (RM12 juta).

Difahamkan hanya 500 unit kenderaan itu dikeluarkan dan berada di jalan raya.

Alvarez sekali lagi menyertai kumpulan pemilik kenderaan mewah termasuk Cristiano Ronaldo yang dapat diyakinkan pelaburan mereka dibelanjakan dengan baik, dengan nilai kereta berkenaan meningkat setiap tahun.

Malah bukan itu sahaja. Garaj kenderaan di kediaman mewah Alvarez di Guadalajaraa turut kelihatan memiliki himpunan kereta mewah seperti di ruang pameran kenderaan antaranya, Mercedes SLS AMG Black Series, Lamborghini Aventador, Mustang 500 Eleanor, dan Mercedes-Benz G63 AMG 6x6.

Selain Ferrari Testarossa, AMG C64 biTurbo, Rolls Royce Ghost, Ferrari 458 Italia, McLaren P1, Porsche 911 GT3 and a Lamborghini Gallardo (Renazzo Vorsteiner edition) dengan nilai keseluruhan dianggarkan sekitar £8.3 juta (RM43 juta)

Disiarkan pada: June 30, 2020 @ 1:37pm
d