arena

Gaji Ozil tak ada hal : Arteta

Oleh AFP

PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta menegaskan pemain yang tidak gembira, Mesut Ozil tidak akan menjadi pilihan hanya kerana mempunyai gaji yang besar.

Ozil dilaporkan pemain yang menerima gaji paling tinggi dalam sejarah Arsenal mengikut gaji minggu sekitar £350,000 (RM1.8 juta).

Tetapi pemenang Piala Dunia bersama Jerman sudah menerangkan mengenai kontraknya dan belum lagi beraksi dalam minit permainan bersama Gunners sejak musim kembali bersambung selepas krisis Covid-19.

Arteta menekankan 'keputusan taktikal' menyebabkan Ozil diketepikan sehingga kemenangan Piala FA di Sheffield United, selepas terdapat laporan pemain berusia 31 tahun berkenaan mengalami kecederaan.

Bekas bintang Real Madrid, yang tiba di Arsenal pada 2013, akan dinilai menjelang perlawanan berdepan Norwich esok berikutan mengalami kecederaan belakang badan.

Namun mengenai kecergasan pemain itu pula, Arteta menegaskan dia hanya memilih pasukannya berdasarkan merit kelayakan dalam bola sepak.

Apabila ditanya sama ada gaji yang diterima Ozil memberi impak apabila membuat pemilihan pemain.

Arteta menjawab: "Tidak sama sekali. Itu (kontrak Ozil) adalah perjanjian bahawa pemain dan kelab mencapai persetujuan bersama, untuk terus memandang ke depan dan ia tidak pernah menjadi sesuatu yang saya persoalkan.

Disiarkan pada: July 1, 2020 @ 8:33am
d