arena

Messi mahu tinggalkan Barcelona

Oleh Agensi

LIONEL Messi sedia meninggalkan Barcelona apabila kontraknya tamat pada musim panas tahun depan, menurut laporan di Sepanyol.

Messi membatalkan rundingan kontrak baharu dengan kapten Barcelona itu berang mengenai laporan media yang bocor mengaitkannya dengan pemecatan jurulatih, Ernesto Valverde pada Januari lalu.

Stesen radio Sepanyol, Cadena Ser melaporkan pemain berusia 33 tahun itu turut kecewa dengan kekurangan kualiti dalam pasukan dan mahu meninggalkan Barcelona pada penghujung musim depan.

Laporan itu mencetuskan spekulasi masa depan Messi dan penyerang itu berpotensi bergabung semula dengan bekas pengendali Nou Camp, Pep Guardiola.

Kontrak Guardiola bersama Manchester City turut tamat penghujung musim 2021 walaupun terdapat kemungkinan dia bakal menandatangani kontrak baharu di Stadium Etihad.

Messi menyinar di bawah Guardiola ketika mengendalikan Barca diantara 2008 sehingga 2012 dengan tiga gelaran La Liga, dua trofi Liga Juara-Juara dan dua Piala Dunia Kelab.

Dan ketika bintang Argentina itu kini tampak berada pada fasa seterusnya dalam karier, dia dua tahun lebih muda berbanding musut ketatnya, Cristiano Ronaldo yang masih lagi beraksi pada tahap tinggi di Juventus.

Messi yang berusia 33 tahun bulan lalu menjaringkan gol ke-700 ketika menentang Atletico Madrid, Selasa lalu tetapi dicemari dengan keputusan seri 2-2 sekaligus menjejaskan misi mereka mempertahakan gelaran La Liga.

Barca kini ketinggalan empat mata di belakang Real Madrid dengan baki lima perlawanan selepas Real menewaskan Getafe 1-0 awal pagi tadi.

Messi sebelum ini yang dikenali sebagai pemalu di atas padang mula lantang mengkritik gergasi Catalan itu sejak beberapa tahun lalu.

Pada Januari lalu, dia mengkritik pengarah kesukanan, Eric Abidal yang mendakwa pemain menjadi punca pemecatan Valverde dan pada Februari ketika ditemuramah akhbar Mundo Deportivo, Messi memberitahu pasukan itu tidak cukup bagus untuk menjuarai Liga Juara-Juara.

Dan pada April lalu, dia mengkritik lembaga pengarah yang mendesak pemain menerima pemotongan gaji bagi membantu kelab mengatasi krisis kewangan susulan pandemik koronavirus.

Disiarkan pada: July 3, 2020 @ 2:24pm
d