arena

Atletico lebar rekod tanpa kalah

Oleh AFP

ALVARO Morata menjaringkan dua gol untuk membantu Atletico Madrid mencatat kemenangan 3-0 ke atas pasukan sedang bergelut, Mallorca hari ini sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah di La Liga sepanjang 12 perlawanan.

Kemenangan itu menyaksikan Atletico kekal di tangga ketiga dengan 62 mata untuk berada di landasan tepat kembali ke Liga Juara-Juara musim depan.

Morata menjaringkan gol pertama minit ke-25 menerusi sepakan penalti.

Dia dikasari oleh Aleksandar Sedlar namun tendangannya kemudian diselamatkan oleh penjaga gol Mallorca, Manolo Reina.

Bagaimanapun tindakan barisan pemain Mallorca yang meluru lebih awal ke kawasan kotak penalti menyaksikan Morata diberikan peluang kedua dan dia tidak mensia-siakan lagi peluang itu.

Morata menjaringkan gol kedua sebelum berakhir separuh masa pertama.

Dia menerima hantaran cantik daripada Marcos Llorente sebelum merembat masuk ke gawang lawan.

Koke mengesahkan kemenangan Atletico dengan gol ketiga minit ke-76.

Disiarkan pada: July 4, 2020 @ 7:42am
d