arena

United ikat Matic hingga 2023

Oleh AFP

NEMANJA Matic menandatangani kontrak baharu bersama Manchester United yang menyaksikan pemain berkenaan kekal di kelab itu sehingga Jun 2023.

Pemain tengah Serbia berusia 31 tahun itu, menyertai United dari Chelsea pada 2017 dan melakukan 114 penampilan dalam semua kejohanan bersama Red Devils.

"Saya sangat gembira untuk terus menyambung dan menyumbang sebahagian daripada kelab hebat ini," menurut Matic menerusi satu kenyataan yang disiarkan di laman web kelab itu.

"Sebagai pemain, masih banyak yang perlu saya berikan dan pencapaian dalam karier utama selain melakukannya bersama Manchester United akan menjadi sesuatu yang sangat dibanggakan.

"Menjadi sebahagian daripada pasukan ini adalah sangat hebat.

"Kami mempunyai kekuatan seimbang antara pemain muda dan pemain berpengalaman dalam skuad serta terdapat pembimbing yang hebat di antara pasukan ini."

Bos United, Ole Gunnar Solskjaer berkata pengalaman, profesionalisme dan kepimpinan Matic sangat diperlukan.

"Kami mempunyai kekuatan hebat di barisan tengah dan Nemanja sebahagian daripada menyumbang penting di barisan itu," katanya.

Disiarkan pada: July 6, 2020 @ 7:51pm
d