arena

Messi dijangka bersara di Barca

Oleh Agensi

LIONEL Messi akan menamatkan karier bola sepak profesionalnya di Barcelona," kata presiden kelab itu.

Josep Maria Bartomeu menafikan laporan pemain kebangsaan Argentina berusia 33 tahun, tidak berhasrat untuk melanjutkan kontrak baharu bersama Barca yang dijadualkan tamat pada 2021.

"Kami sedang berbincang dengan ramai pemain tapi Messi sudah menjelaskan kepada kami dia mahu kekal," kata Bartomeu kepada rangkaian, Movistar di Sepanyol.

"Jadi kita yakin akan memperoleh khidmatnya dengan lebih lama."

Bartomeu bercakap susulan kemenangan 4-1 kelab Catalan dalam saingan La Liga di Villarreal hari ini, yang menyaksikan mereka bersaing dengan pendahulu liga, Real Madrid dengan perbezaan empat mata.

Terdahulu, jaringan tunggal menerusi penalti yang disempurnakan Sergio Ramos memastikan kemenangan tipis 1-0 Real Madrid ke atas Athletic Bilbao.

Disiarkan pada: July 6, 2020 @ 9:38pm
d