arena

Kalau Undertaker jadi pengutip hutang...

Oleh Agensi

SEBELUM mereka mencipta nama selaku raja di atas gelanggang, barisan bintang WWE pernah bekerja seperti orang biasa untuk menyara kehidupan.

Antara mereka yang pernah meraih pengalaman itu termasuklah The Undertaker, Roman Reigns, John Cena dan The Bella Twins.

Sudah pasti ketika ini kesemua mereka yang sudah bergelar jutawan, tidak akan kembali kepada pekerjaan asal.

Malah Undertaker yang mengumumkan persaraan bulan lalu, menegaskan tidak akan kembali bekerja bersama majikan lamanya.

Mark Calaway pemilik nama sebenar bagi watak Undertaker, pernah bekerja sebagai pengutip hutang kira-kira 30 tahun dahulu.

Dengan tubuh yang besar serta muka bengis, sudah pasti dia dapat melakukan tugas mengutip hutang dengan mudah.

John Cena pula pernah bekerja sebagai pelatih di gimnasium dan menjadi pemandu kereta limosin.

Dalam satu temuramah pada tahun lalu, Cena pernah memberitahu ketika tugasan pertama, dia terlewat menghantar penumpang ke lapangan terbang sehingga terlepas penerbangan.

Disiarkan pada: July 8, 2020 @ 11:22pm
d