arena

City belasah Newcastle, The Reds buru rekod

Oleh AFP

MANCHESTER City mengukuhkan kedudukan untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam kelompok empat teratas apabila membelasah Newcastle 5-0, manakala Liverpool pula memburu rekod mengumpul mata paling banyak selepas menewaskan Brighton 3-1.

Bagaimanapun, hasrat Wolves untuk memburu slot ke Liga Juara-Juara sedikit terganggu selepas mereka kalah 0-1 kepada Sheffield United, manakala West Ham berada dalam keadaan bahaya tersingkir dari EPL selepas hanya dibezakan empat mata dari zon penyingkiran apabila tumpas 0-1 di tangan Burnley.

City berjaya menjarakkan kedudukan sembilan mata dengan pasukan tangga ketiga Chelsea, apabila Gabriel Jesus, Riyad Mahrez, David Silva, Raheem Sterling masing-masing menyumbat satu gol sambil dibantu jaringan sendiri Federico Fernandez.

Sementara itu, Mohamed Salah meledak dua gol untuk membantu juara EPL itu memburu rekod mengumpul mata paling banyak dalam satu musim dan Jordan Hendersson kembali menemui sentuhan jaringan sebaik liga disambung semula akibat Covid-19.

Disiarkan pada: July 9, 2020 @ 7:34am
d