arena

Rahm intai kedudukan nombor satu dunia

Oleh AFP

PEMAIN ranking kedua dunia, Jon Rahm mampu memintas Rory Mcilroy dan menjadi pemain nombor satu dunia dengan syarat mampu muncul juara di Terbuka Workday Charity PGA Amerika Syarikat (AS) minggu ini.

Rahm yang berusia 25 dan berasal dari Sepanyol akan melakukan tee off bersama penyandang juara Terbuka Amerika Syarikat, Gary Woodland dan pemain Norway, Viktor Hovland di Muirfeld Village di pusingan pertama awal pagi esok.

Juara kejuaraan utama empat kali, Mcilroy dari Ireland Utara berada di ranking teratas sejak Februari lalu, sebelum saingan ditangguh selama tiga bulan berikutan penularan wabak pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, ketiadaan Mcilroy minggu ini berikutan mempersiapkan diri untuk saingan Memorial minggu depan, membuka peluang buat Rahm untuk merampas kedudukan teratas jika muncul juara di kejohanan baru itu

Satu-satunya pemain dari Sepanyol yang pernah meduduki ranking nombor satu ialah Seve Ballesteros iaitu selama 61 minggu.

Rahm mengakui bahawa sentiasa berusaha untuk memberikan pukulan terbaik menjadi punca kenapa dia konsisten sehingga berpelung untuk menakluk ranking dunia.

"Saya sentiasa bersaing di setiap lapangan dan setiap lubang. Ia adalah disebabkan saya mempunyai semangat melawan yang tinggi, walaupun saya bermula dari tempat ke-30 pada hari terakhir dan tidak mempunyai peluang untuk juara.

"Paling penting ialah bersaing dan berikan yang terbaik untuk setiap pukulan," kata Rahm.

Kejohanan berkenaan akan menjadi saingan kelima berturut-turut diadakan tanpa penonton.

Disiarkan pada: July 9, 2020 @ 11:59am
d