arena

Liverpool 'cuak' berdepan Burnley

Oleh Agensi

JURGEN Klopp menyifatkan Burnley lawan sukar menjelang pertembungan kedua-dua pasukan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) esok.

Clarets sudah memungut 10 mata daripada lima perlawanan sejak saingan disambung semula dan sama seperti Reds.

Pasukan kendalian Sean Dyche hanya tewas sekali daripada 12 aksi terakhir Liga Perdana.

Sekalipun memenangi kesemua 17 perlawanan di gelanggang sendiri dalam saingan liga utama musim ini namun kebimbangan mengenai kebangkitan lawan tetap ada bagi pengendali Jerman itu.

Ia turut menjadi sebab kenapa dia tidak memikirkan untuk mencatat mata melepasi 100 tatkala Liverpool ketika ini memungut 92 mata, hanya lima mata memisahkan daripada pencapaian di tangga kedua liga musim lalu.

"Apabila saya memikirkan mengenai empat mata seterusnya, saya tak fikir kami akan dapat 10 atau 12 mata lagi, saya tidak dapat melakukannya," kata Klopp.

"Kita beraksi berdepan Burnley dan mereka lawan yang sukar. Mereka akan hadir ke tempat kami dan akan berjuang habis-habisan jadi kami juga perlu melakukan perkara sama.

"Selepas itu kami akan berdepan Arsenal pasukan lengkap dan diikuti Chelsea juga satu lagi pasukan baik.

"Jadi bagaimana untuk kami memastikan memperoleh mata dalam semua perlawanan ini?

"Kami harus berjuang untuk memperoleh tiga mata. Itulah yang kami lakukan pada perlawanan sebelum ini."

Disiarkan pada: July 10, 2020 @ 8:25pm
d