arena

Lyles pecah rekod Usain Bolt? [VIDEO]

Oleh Agensi

ATLET pecut Amerika Syarikat, Noah Lyles menyangka dia antara pelari terpantas di dunia selepas memecah rekod 200 meter yang dilakukan Usain Bolt, namun dia kemudian menyedari melakukan kesilapan besar.

Pelari berusia 22 tahun itu, mencatat 18.90 saat di Sukan Inspirasi - catatan yang lebih pantas berbanding Bolt iaitu 19.19s pada 2009.

Lyles berlari di Florida, dalam rakaman perlumbaan yang disiarkan secara maya berdepan Churandy Martina di Belanda dan pelari Perancis, Christophe Lemaitre di Switzerland.

Dia begitu gembira dengan catatan masa yang dilakukan itu dan kelihatan sukar mempercayainya memandangkan catatan terbaiknya 19.50s.

Sejurus melepasi garisan penamat pengulas BBC, Steve Cram berkata : "Ia seperti tidak betul.

Lyles kelihatan kebingungan selepas mendapat tahu yang dia bermula di tempat permulaan yang salah dan hanya menamatkan larian sejauh 185m, bukannya 200m.

Lyles yang juga juara dunia meluahkan kekecewaannya di media sosial.

"Anda tidak boleh bermain emosi saya seperti ini. Meletakkan saya di tempat yang salah," catat Lyles di Twitternya.

Disiarkan pada: July 10, 2020 @ 10:16pm
d