arena

Nicol David dilantik duta AIA

IKON skuasy negara, Datuk Nicol David dilantik sebagai duta syarikat insurans terkemuka negara, AIA Malaysia Bhd.

Juara dunia lapan kali itu, akan memainkan peranan aktif dalam mempromosikan usaha syarikat berkenaan bagi memperkasakan rakyat Malaysia untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan mereka.

Mengulas mengenai pelantikannya sebagai duta AIA, Nicol, berkata : "Kesihatan sentiasa menjadi keutamaan saya, sama ada dalam kerjaya profesional sebagai atlet atau keyakinan peribadi sebagai individu.

"Oleh itu, saya dapat merasakan keserasian dengan AIA dan saya berbesar hati penyokong inisiatif mereka agar rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bermakna," kata Nicol yang pernah memegang status sebagai pemain nombor satu dunia selama 109 bulan berturut-turut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd, Ben Ng berkata, pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan Nicol yang sudah banyak mencetuskan impak positif terhadap sukan global.

Menurutnya, kerjasama itu dapat peningkatan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan dalam kalangan rakyat terutama sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Disiarkan pada: July 10, 2020 @ 10:48pm
d