arena

Real hampiri kejuaraan La Liga

Oleh AFP

REAL Madrid berpeluang memenangi saingan La Liga Selasa ini selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Alaves sekali gus menyaksikan kelab gergasi itu tinggal selangkah lagi untuk meraih kejuaraan liga.

Dengan penggantungan kapten pasukan, Sergio Ramo, Karim Benzema mengambil alih tugas itu sebelum menyumbang gol pertama menerusi sepakan penalti dan kemudian menjadi arkitek kepada gol Marco Asensio pada perlawanan berlangsung di Stadium Alfredo Stefano.

Selepas kembali dengan kelebihan empat mata di tangga teratas liga, tekanan kini kembali kepada Barcelona.

Jika Barcelona gagal mencatatkan kemenangan di Real Valladolid awal pagi esok, Real akan mengesahkan kejuaraan liga dengan berbaki dua perlawanan andai dapat menewaskan Granada, Selasa ini di Los Carmenes.

"Kami masih tidak tahu apakah yang akan berlaku. Saingan di La Liga sangat sukar dan kami masih mempunyai baki tiga perlawanan lagi," kata ketua jurulatih Real, Zinedine zidane

"Kami perlu kekal fokus," kata Raphael Varane.

Selepas memecat jurulatih Asier Garitano minggu lalu berikutan kekalahan lima kali berturut-turut, Alaves tampak sekali lagi bergelut.

Kekalahan terbaharu itu adalah kali pertama di bawah bimbingan Juan Ramon Lopez sekali gus menyaksikan mereka terus bergelut di tangga bawahan liga.

Zidane pula berasa lega selepas tidak dapat menggunakan beberapa tonggak utama.

Ramos dan Dani Carvajal kedua-duanya memenuhi penggantungan perlawanan manakala Marcelo berdepan kecederaan sekali gus menyaksikan Real tidak dapat menggunakan tiga tonggak pertahanan utamanya.

Disiarkan pada: July 11, 2020 @ 7:55am
d