arena

Parma catat kes positif Covid-19

Oleh AFP

KELAB Serie A, Parma mengumumkan salah seorang daripada kakitangannya didapati positif Covid-19 dan kini menjalani pengasingan.

Ia adalah kes pertama membabitkan Covid-19 dalam bola sepak Itali sejak saingan disambung kembali pada sebulan lalu.

"Individu ini yang tidak menunjukkan gejala telah menjalani pengasingan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan dan kementerian," menurut kenyataan kelab itu.

"Kelab menegaskan semua kakitangan yang berkaitan dalam kumpulan itu diuji negatif dan mula menjalani pengasingan di pusat sukan.

"Mereka akan dibenarkan untuk meneruskan aktiviti biasa mereka dan dipantau secara berkala," tambah kelab itu.

Parma berada di kedudukan ke-12 Serie A, dijadual melayan kunjungan Bologna pada awal pagi Isnin.

Disiarkan pada: July 11, 2020 @ 10:26pm
d