arena

Enam pemain Red Star Belgrade positif Covid-19

Oleh AFP

ENAM pemain Red Star Belgrade didapati positif Covid-19 umum juara kelab Serbia itu hari ini ketika negara itu mencatat jumlah kenaikan kes yang mendadak.

"Pemain ini tidak akan mengambil bahagian dalam fasa pertama latihan pra-musim dan akan menjalani pengasingan selama dua minggu.

"Red Star akan mengambil segala langkah pencegahan sewajarnya." menurut kenyataan kelab itu.

Kelab itu sebelum ini mengumumkan lima pemain mereka didapati positif Covid-19 pada 22 Jun, dua hari selepas mereka meraikan kemenangan menjuarai liga di hadapan 18,000 penonton.

Bola sepak bukanlah satu-satunya sukan yang terjejas kerana Covid-19 di Serbia.

Pada 22 Jun, Persekutuan Bola Keranjang Serbia membatalkan kem latihan skuad kebangsaan yang dijadual bermula 25 Jun hingga 5 Julai selepas dua pemain positif Covid-19.

Selepas itu, pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic mengesahkan dia positif Covid-19 yang dipercayai berpunca daripada pertandingan amal yang dianjurkannya di Balkan. Dia meneruskan latihan pada Selasa.

Tiga lagi pemain yang mengambil bahagian dalam Jelajah Adria yang bermula pertengahan Jun di Belgrade adalah pemain Bulgaria, Grigor Dimitrov, Borna Coric (Croatia) dan Viktor Troicki (Serbia) turut didapati positif.

Susulan kenaikan kes di wilayah itu, kelab Albania, Partizani turut mengumumkan lima pemainnya didapati positif Covid-19 dan tidak diturunkan pada aksi tetangga menentang pendahulu liga, KF Tirana, semalam.

"Mereka dalam keadaan baik dan dikuarantin dengan ketat serta sentiasa berhubung dengan pasukan perubatan."

Disiarkan pada: July 11, 2020 @ 10:52pm
d