arena

Adik Aurier mati ditembak

Oleh AFP

CHRISTOPHER Aurier iaitu adik kepada bintang Tottenham, Serge Aurier, ditembak mati selepas kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengesahkan insiden berkenaan hasil daripada laporan media Perancis.

Ketika pasukan kecemasan tiba pada 3 pagi waktu tempatan, pemain bola sepak berusia 26 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian perut dan kemudiannya meninggal dunia di hospital

Menurut sumber rapat dengan kejadian di Toulouse, Perancis itu suspek berjaya melarikan diri.

Christopher adalah pemain yang beraksi dengan pasukan divisyen lima Perancis, Toulouse Rodeo.

Mangsa adalah produk akademi di Lens seperti abangnya, iaitu pemain antarabangsa Ivory Coast dan bekas pertahanan tengah Paris Saint Germain (PSG) namun gagal menyerlah ke peringkat lebih tinggi.

Insiden terbabit dipercayai berlaku di pekarangan sebuah kelab malam dan mangsa dilaporkan meninggal dunia di Hospital Universiti Toulouse.

"Kami sentiasa memberi semangat kepada Serge pada situasi sukar ini dan kami berharap dia serta keluarganya tidak diganggu," kata kelab berkenaan dalam satu kenyataan.

Disiarkan pada: July 13, 2020 @ 6:51pm
d