arena

Sneijder tak jadi bersara

Oleh Agensi

LEGENDA Belanda, Wesley Sneijder menyarung kasut bolanya untuk kembali daripada persaraan pada usia 36 tahun.

Menurut RTV Utrecht, bekas bintang Real Madrid dan Inter Milan bersedia memulakan latihan bersama pasukan amatur, DHSC pada 27 Julai di Belanda.

Wira pasukan Belanda itu dijangka meningkatkan kecergasannya bersama pasukan divisyen lima yang berpangkalan di Utrecht.

Sneijder bersara daripada perlawanan profesional pada Ogos tahun lalu selepas menamatkan karier di kelab seperti Galatasaray, Nice dan kelab dari Qatar, Al-Gharafa.

Keputusannya untuk kembali daripada persaraan hadir seminggu selepas bekas rakan senegara, Arjen Robben membuat pusingan U bagi kariernya.

Robben, juga 36 tahun, melakukan kemunculan semula dengan penuh emosi bersama kelab yang diminati ketika zaman kanak-kanak, FC Groningen, juga merupakan kelab di mana dia memulakan karier, selepas dipujuk dan disokong untuk mengambil keputusan itu oleh isterinya.

Sneijder memiliki 134 kap penampilan bersama negaranya dipercayai berminat untuk kembali ke liga bola sepak utama bersama FC Utrecht di Eredivisie.

Sneijder yang mempunyai hubungan baik dengan kelab berkenaan dilahirkan di Utrecht tapi tidak pernah beraksi buat pasukan tempat kelahirannya sebaliknya lebih menyerlah di akademi Ajax.

Disiarkan pada: July 14, 2020 @ 12:21pm
d