arena

Undertaker superstar WWE pilihan peminat

Oleh Agensi

PEMINAT menyenaraikan Undertaker dalam senarai 30 Superstar terhebat WWE sepanjang zaman.

Sukar dinafikan jaguh tinggi lampai yang mempunyai aura tersendiri sepanjang menceburkan diri lebih 30 tahun dalam arena gusti.

Di tempat kedua yang menjadi pilihan peminat adalah Stone Cold Steve Austin yang mewarnai era baharu WWE.

Dia antara bintang terkenal ketika pro wrestling berada di kemuncak.

Diikuti The Rock antara bintang WWE yang gah mencipta nama di layar seni Hollywood sejak meninggalkan pentas gusti dan dia kini antara bintang yang mencuri perhatian selain berada dalam senarai selebriti sukan yang meraih pendapatan tertinggi.

Menguasai carta 10 teratas antaranya Shawn Michaels, Ric Flair, Hulk Hogan, Triple H, John Cena, Kane dan Randy Orton.

Turut berada dalam senarai 30 ahli gusti berdasarkan ranking yang diundi lebih 100,000 peminat di laman web WWE adalah Sting dan The Ultimate Warrior.

Disiarkan pada: July 15, 2020 @ 2:29pm
d