arena

Milan teruskan rentak cemerlang, Juve bergelut

Oleh AFP

FRANCK Kessie menjaringka gol kali ketiga berturut-turut dalam saingan Serie A untuk membantu AC Milan memburu tempat ke Liga Europa selepas bangkit dari ketinggalan untuk mencatat kemenangan 3-1 ke atas Parma.

Kemenangan itu membolehkan mereka berkongsi mata dengan pasukan tangga keenam Napoli, selepas pasukan bimbingan Gennaro Gattuso itu hanya mencatat keputusan seri 1-1 ketika berdepan Bologna.

Sementara itu, pendahulu Serie A, Juventus terumbang-ambing dalam meneruskan usaha meraih gelaran kesembilan liga berturut-turut apabila mereka melepaskan kelebihan dua gol sebelum seri 3-3 berdepan Sassuolo.

Milan yang dibimbing Stefano Pioli, masih belum tumpas dalam tujuh perlawanan sejak aksi Liga Itali bersambung selepas terhenti akibat pandemik Covid-19.

Jaringan Kessie, Alessio Romagnoli dan Hakan Calhanoglu membolehkan Milan merangkul tiga mata ketika berdepan Parma yang menduduki tangga ke-12.

Selepas ketinggalan dengan jaringan pembukaan Jasmin Kurtic pada minit ke-44, Kessie berjaya menyamakan kedudukan 10 minit kemudian, disusuli dengan tandukan Romangnoli untuk gol pendahuluan berpunca dari sepakan percuma Calhanoglu.

Pemain antarabangsa Turki itu meledak gol ketika pada minit ke-77 hasil hantaran lintang Giacomo Bonaventura.

"Frank dan saya mempunyai hubungan yang agak sukar pada mulanya, selepas kami sudah memahami antara satu sama lain dia menunjukkan peningkatan untuk menjadi pemain berkualiti tinggi.

"Zlatan Ibrahimovic pula banyak membantu kami dan dia membuktikan bahawa mampu menjadi contih terbaik," kata Pioli.

Disiarkan pada: July 16, 2020 @ 10:35am
d