arena

Gol itu hadiah buat mereka - Van Dijk

Oleh AFP

VIRGIL Van Dijk mengakui bahawa dia antara punca yang menyebabkan Liverpool gagal mencatat rekod baru Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membiarkan Arsenal bangkit dari ketinggalan dan menumpaskan juara baru itu 2-1.

Walaupun hanya mencatat kekalahan kali ketiga musim ini, pasukan bimbingan Jurgen Klopp terlepas peluang untuk menyamai rekod 100 mata yang dilakukan Manchester City dua musim lalu.

Sadio Mane meletakkan Liverpool di depan selepas pasukan pelawat mendominasi aksi 30 minit pertama di Stadium Emirates.

Bagaimanapun, kesilapan Van Dijk membuka peluang buat Alexandre Lacazette untuk menyamakan kedudukan sebelum Alisson Becker juga tersilap langkah sekali gus membolehkan Reiss Nelson menjaringkan gol kemenangan.

"Gol yang kami berikan adalah sebagai hadiah buat mereka. Jika anda melepaskan gol seperti yang kami lakukan hari ini termasuk diri saya sendiri, anda akan dapat akibatnya," kata Van Dijk.

Liverpool sekarang melepaskan empat peluang untuk mencatatkan kemenangan daripada tujuh perlawanan sejak EPL disambung semula.

Bagaimanapun, Van Dijk mengakui bahawa mereka bukan kekurangan motivasi selepas merangkul kejuaraan liga selepas 30 tahun.

"Ia mudah untuk berkata seperti itu. Jika anda melihat aksi kami sehingga saya buat kesilapan, tidak ada apa yang kurang. Saya mengambil tanggungjawab di atas kesilapan itu dan akan melupakannya," kata

Disiarkan pada: July 16, 2020 @ 11:09am
d