arena

The Rock terima pendapatan RM4.27 juta dari IG

Oleh Agensi

DWAYNE Johnson atau lebih dikenali dengan panggilan "The Rock" menjadi selebriti menerima pendapatan tertinggi menerusi Instagram (IG).

Legenda WWE berusia 48 tahun mampu memperoleh sekitar £800,000 (RM4.27 juta) bagi setiap hantaran di media sosial.

Johnson ketika ini antara bintang utama Hollywood mempunyai lebih 187.3 juta pengikut Insta.

Bekas ahli gusti yang menjadi bintang filem itu sejak kerap memuat naik catatan yang memberi inspirasi kepada pengikut media sosialnya.

Selain memuat naik perkembangan filem terbaru dan gambar keluarga yang memberi mesej pengajaran selain menonjolkan minat mengenai UFC.

Namun Johnson juga sanggup menggunakan akaun IG bagi tujuan memperkembangkan perniagaannya.

Personaliti media Amerika, Kylie Jenner di tempat kedua yang meraih pendapatan sekitar £785,000 (RM4.19 juta), diikuti bintang Juventus, Cristiano Ronaldo yang mempunyai lebih 224.8 juta pengikut.

Tonggak pasukan kebangsaan Portugal berusia 35 tahun mampu meraih sekitar £708,000 (RM3.78 juta) bagi setiap data yang dikemas kini.

Atlet sukan yang turut meraih pendapatan tinggi menerusi IG adalah bintang Paris Saint-Germain dari Brazil, Neymar selain bintang Hollywood antaranya Selena Gomez, Justin Bieber dan Kim Kardashian West.

Disiarkan pada: July 17, 2020 @ 10:32pm
d