arena

Quartararo terpantas pada sesi latihan di Jerez

Oleh AFP

FABIO Quartararo mencatat rekod baharu bagi catatan pusingan masa pada sesi latihan ketiga Grand Prix (GP) Sepanyol dekat Jerez, tatkala Alex Rins mencetus kemarahan juara dunia, Marc Marquez.

Pelumba Perancis, Quartararo, 21, mencatat satu minit, 36.806 saat dengan jentera satellite Yamaha untuk menempah tempat dalam saingan kelayakan kedua mengatasi pelumba Australia, Jack Miller hanya dengan 0.052 saat.

Marquez, yang memburu kejuaraan ketujuh pada musim yang tertangguh kerana Covid-19, mencatat kedudukan keempat terpantas di belakang pelumba Suzuki, Joan Mir dan mengatasi pelumba Yamaha, Maverick Vinales.

Tetapi pelumba Honda, Marquez melambaikan tangan kepada pelumba Suzuki, Rins yang kecewa selepas gagal mengatasi rakan senegaranya itu.

Rins yang menamatkan perlumbaan di tempat keempat dalam kejuaraan musim lalu, hanya berada di kedudukan ke-12 dan perlu bertanding dalam sesi kelayakan pertama.

Pelumba veteran dari Itali, Valentino Rossi melepasi kelayakan kedua sekalipun menamatkan saingan 0.324s lebih perlahan dari Quartararo walaupun menunggang motosikal pengeluaran Yamaha.

Kejuaraan Dunia MotoGP 2020 akhirnya dijalankan hujung minggu ini, dalam suasana tertutup dan lebih empat bulan lewat.

Catatan Masa terpantas latihan :

1. Fabio Quartararo (FRA/Yamaha-SRT) 1min 36.806s

2. Jack Miller (AUS/Ducati-Pramac) ketinggalan 0.052s

3. Joan Mir (SPN/Suzuki) 0.102s

4. Marc Marquez (SPN/Honda) 0.223s

5. Maverick Vinales (SPN/Yamaha) 0.240s

6. Cal Crutchlow (GBR/Honda-LCR) 0.293s

7. Franco Morbidelli (ITA/Yamaha-SRT) 0.306s,

8. Valentino Rossi (ITA/Yamaha) 0.324s,

9. Francesco Bagnaia (ITA/Ducati-Pramac) 0.365s,

10. Andrea Dovizioso (ITA/Ducati) 0.379s

Disiarkan pada: July 18, 2020 @ 8:01pm
d