arena

Tierney mohon maaf, tunjuk isyarat lucah

Oleh Agensi

KIERAN Tierney mengemukakan permohonan maaf kerana gambar dia menunjukkan isyarat lucah menggunakan jari tengah dirakamkan kamera ketika meraikan kejayaan Arsenal mara ke final Piala FA.

Bekas pemain Celtic menjadi tonggak penting ketika Gunners mengesahkan tempat ke pentas akhir Piala FA dengan kemenangan mengejut 2-0 ke atas juara bertahan Manchester City.

Namun dia segera memohon maaf selepas penjaga gol Emi Martinez memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan pemain pertahanan itu meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan sebelum dipadamkan.

Bercakap di Twitter, Tierney memberitahu : "Saya tidak menyedari ia dimuat naik di media sosial. Saya sedang bergurau dengan pembantu pasukan.

"Saya mohon maaf jika ia menyinggung sesiapa - saya tidak bermaksud apa-apa."

Disiarkan pada: July 19, 2020 @ 9:38pm
d