arena

Quartararo ungguli MotoGP Sepanyol

Oleh AFP

FABIO Quartararo menjadi pelumba pertama dari Perancis memenangi Grand Prix (GP) sejak 1999 ketika dia mengungguli saingan perlumbaan pembukaan musim di Sepanyol, sebentar tadi.

Quartararo, 21, yang menunggang buat pasukan satelite Yamaha, mendahului petak utama dan cabaran utamanya, juara bertahan dunia, Marc Marquez kemalangan di pusingan ke-20.

"Ia adalah hari indah dalam hidup saya," kata Quartararo ketika meraikan kejayaan bersama pasukannya.

Marquez sudah terbabas pada pusingan keempat tetapi bertahan untuk kembali bersaing.

Namun perkara lebih buruk berlaku pada pusingan ke-20 apabila penunggang Sepanyol itu hilang kawalan dan terjatuh.

Penunggang legenda Itali, Valentino Rossi terkeluar pada pusingan ke-19 ketika berkedudukan ke-10, menghancurkan harapannya untuk memungut mata pada permulaan musim.

Rossi, 41, juara dunia sembilan kali, sudah diberitahu dia akan digantikan daripada pasukan utama Yamaha tahun depan apabila Quartararo dinaikkan daripada Yamaha SRT.

Disiarkan pada: July 19, 2020 @ 10:03pm
d