arena

De Gea 'bantu' Chelsea ke final

Oleh AFP

CHELSEA berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala FA selepas penjaga gol Manchester United, David De Gea melakukan kesilapan sehingga membolehkan The Blues mencatatkan kemenangan 3-1 awal pagi tadi.

Pasukan bimbingan Frank Lampard akan berdepan seteru London, Arsenal dalam perlawanan akhir 1 Ogos ini.

Olivier Giroud dan Mason Mount menjaringkan dua gol awal Chelsea tatkala De Gea gagal menampan kemas kedua-dua percubaan berkenaan, manakala jaringan ketiga The Blues berlaku hasil gol sendiri Harry Maguire.

Gol saguhati United diperoleh melalui sepakan penalti Bruno Fernandes pada minit ke-82.

Disiarkan pada: July 20, 2020 @ 7:52am
d