arena

Bournemouth dalam bahaya tersingkir

Oleh AFP

BOURNEMOUTH semakin hampir tersingkir dari Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila tumpas di tangan Southampton 0-2 awal pagi tadi.

Danny Ings menjaringkan gol di lewat babak pertama di Dean Court sebelum jaringan penyamaan Sam Surridge dibatalkan akibat ofsaid pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Che Adams menambah gol kedua Southampton sebelum pengadil meniupkan wisel penamat untuk meninggalkan Bournemouth dengan sembilan kekalahan dan hanya satu kemenangan daripada 12 aksi terakhir liga.

Pasukan bimbingan Eddie Howe itu berada di tangga kedua terbawah dengan kurang tiga mata dari zon selamat.

Bournemouth yang sudah lima tahun berada di EPL terpaksa melupakan saingan liga tertinggi England ini jika Watford berjaya mencuri satu mata daripada dua aksi terakhir menentang Manchester City dan Arsenal.

Watford akan berdepan City awal pagi Rabu sebelum aksi terakhir semua saingan pada 26 Julai di mana Bournemouth akan berkunjung ke Everton, manakala The Hornets menentang Arsenal.

"Kunci utama adalah masih ada harapan untuk kita percaya mampu kekal di EPL sehinggalah ia tidak dapat diselamatkan melalui kiraan matematik.

"Anda tidak tahu dalam bola sepak apa akan terjadi. Itu pandangan saya. Saya memang kecewa dan pelbagai perasaan menyelubungi badan saya sekarang ini.

"Masa depan kami masih lagi berada di tangan kami. Cuma ia terasa sedikit hilang di dalam genggaman," katanya.

Disiarkan pada: July 20, 2020 @ 8:43am
d