arena

Renault masih belum berpuas hati dengan 'Mercedes pink'

Oleh AFP

RENAULT menyerahkan satu lagi protes rasmi berkenaan dengan keaslian dan kesahihan jentera 'Mercedes pink' Racing Point selepas perlumbaan Grand Prix (GP) Hungary.

Pasukan dari Perancis itu melakukan protes yang sama seperti dilakukan ketika perlumbaan hujung minggu lalu di GP Styrian.

"Kami mengesahkan pasukan Renault DP World F1 sudah menyerahkan protes kepada steward perlumbaan berkenaan dengan penjelasan mengenai pengesahan Racing Point RP20.

"Kami tidak mempunyai komen lanjut berkenaan hal ini sehingga steward mempunyai keputusan," kata Renault dalam satu kenyataan.

Siasatan berkenaan protes pertama masih sedang lagi dijalankan.

Badan induk sukan pemotoran Persekutuan Pemotoran Antarabangsa (FIA) berharap perkara itu dapat diselesaikan mengenai kesahihan jentera Racing Point yang banyak persamaan dengan kereta Mercedes 2019 sebelum saingan GP British bermula di Silverstone.

Disiarkan pada: July 20, 2020 @ 9:42am
d