arena

Marquez jalani pembedahan

Oleh BERNAMA

PELUMBA MotoGP Marc Marquez akan menjalani pembedahan di lengan kanannya yang patah selepas terbabit dalam nahas di Litar Jerez semalam, lapor agensi berita Anadolu.

"Kadang-kadang perkara berlaku tidak seperti yang anda harapkan, tetapi yang paling penting perlu bangkit dan terus maju.

"Sekarang saya akan menjalani pembedahan. Saya berjanji kepada anda semua saya akan kembali secepat mungkin dengan lebih bertenaga," kata pelumba Sepanyol itu di Twitter.

Juara dunia itu terjatuh ketika di pusingan 22 dan gagal menamatkan perlumbaan tatkala ia berbaki empat pusingan lagi.

"Semoga kita akan menyaksikan Marc Marquez kembali beraksi di Gran Premio Red Bull de Andalusia pada 24 Julai, Jumaat," kata MotoGP di laman webnya.

Disiarkan pada: July 20, 2020 @ 12:09pm
d