arena

Gara-gara Covid-19, tiada anugerah pemain terbaik

Oleh AFP

ANUGERAH Ballon d'Or tidak akan diberikan pada tahun ini kerana pandemik Covid-19, umum penganjur Bolasepak Perancis hari ini.

Ia adalah kali pertama trofi yang diberikan kepada pemain lelaki terbaik dunia itu tidak diberikan kepada mana-mana pemain sejak Stanley Matthews dari England memenangi anugerah itu buat kali pertama pada 1956.

"Tiada edisi untuk tahun 2020 selepas semua pertimbangan dilakukan," kata Pascal Ferre, editor majalah berkenaan.

Pandemik Covid-19 menyaksikan kesemua liga bola sepak utama di dunia dihentikan sejak Mac lalu dengan Bundesliga muncul liga pertama bersambung secara tertutup, Mei lalu.

Pihak penganjur berasakan adalah tidak adil untuk melakukan undian pemain terbaik apabila beberapa liga termasuk Ligue 1 di Perancis dibatalkan lebih awal.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: July 20, 2020 @ 11:13pm
    d