arena

Norman cipta catatan terpantas 100 meter [VIDEO]

Oleh AFP

ATLET 400 meter Amerika Syarikat, Michael Norman mencipta catatan terpantas 100 meter tahun ini dengan masa 9.86 saat dalam kejohanan di Texas, menurut World Athletics, awal pagi tadi.

Pelari berusia 22 tahun dari California itu mencuri tumpuan di Fort Worth dalam acara 100 meter pertamanya sejak 2016.

"Selepas empat tahun, saya akhirnya dapat berlari 100 meter," kata Norman dalam Twitter selepas tamat perlumbaan.

Badan olahraga dunia, World Athletics mengesahkan kemenangan Norman yang dianggap catatan terbaik dunia setakat ini.

Catatan terbaik 100 meter sebelum ini dicipta atlet Afrika Selatan, Akani Simbine di Pretoria pada Mac lalu dengan catatan 9.91 saat sebelum semua kejohanan dibatalkan angkara pandemik koronavirus.

Catatan Norman menjadikan dia atlet kedua dalam sejarah mencatat bawah 10 saat bagi 100m, bawah 20 saat untuk 200 meter dan bawah 44 saat untuk 400 meter.

Seorang lagi atlet mencipta catatan sama ialah juara 400 meter Olimpik dari Afrika Selatan, Wayde van Niekerk.

Kejayaan terkini Norman dalam acara 100 meter menebus kekecewaannya pada musim 2019 apabila gagal mara ke final 400 meter di Kejohanan Dunia di Doha ketika dia menjadi pelari pilihan meraih emas.

Disiarkan pada: July 21, 2020 @ 11:30am
d