arena

Bale tidak akan tinggalkan Madrid - Ejen

Oleh Agensi

EJEN Gareth Bale menegaskan sekali lagi pemain itu tidak mempunyai keinginan untuk meninggalkan Real Madrid musim panas ini.

Malah mendakwa bintang Wales itu berada pada prestasi terbaik sama seperti semua pemain lain dalam pasukan berkenaan.

Bale sekali lagi menjadi sasaran dalam skuad Real musim ini, ketika turut menjadi tumpuan semasa sambutan kejuaraan La Liga minggu lalu dan dia berterusan diketepikan daripada diturunkan dalam perlawanan menentang Leganes pada perlawanan akhir musim.

Zinedine Zidane dilaporkan mahu menjual Bale dan James Rodriguez apabila dia kembali semula bersama kelab itu tahun lalu malah dia turut menyatakan lebih awal Bale meninggalkan kelab itu lebih baik buat pasukannya.

Bale hanya melakukan 20 penampilan dalam semua kejohanan musim ini dan Zidane kekal dengan keputusan untuk menyingkirkan Bale musim panas ini.

Namun Bale mempunyai baki dua tahun kontrak bersama gergasi Sepanyol itu dan tidak berhasrat meninggalkan pasukan berkenaan di mana dia menjaringkan 105 gol dalam 201 penampilan termasuk jaringan dalam empat aksi final.

"Gareth tenang. Dia mempunyai baki dua tahun kontrak lagi," kata ejen pemain itu, Jonathan Barnett.

"Dia suka tinggal di Madrid dan dia tidak akan ke mana-mana. Dia masih bagus sama seperti pemain lain dalam pasukan itu. Terpulang kepada Zinedine Zidane.

Disiarkan pada: July 21, 2020 @ 9:21pm
d