arena

Nama Liverpool diukir pada trofi EPL

Oleh Agensi

SELEPAS menamatkan kemarau gelaran liga selama 30 tahun, nama Liverpool akhirnya terukir di trofi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Nama The Reds terukir di piala itu bersama Chelsea, Manchester City dan Manchester United.

Pasukan Jurgen Klopp menjadi juara paling awal dalam sejarah EPL, meraih gelaran ketika saingan berbaki tujuh perlawanan apabila Manchester City tewas kepada Chelsea pada Jun lalu.

Begitupun sejak itu persembahan anak buah Klopp kurang menyerlah, hanya menang dua kali dan kalah di Manchester City dan Arsenal selain merosakkan peluang mereka memecahkan rekod mata keseluruhan EPL.

Liverpool masih unggul dengan 18 mata di depan City di puncak carta dan berpeluang menunjukkan permainan sebenar mereka minggu ini.

Liverpool akan menjulang trofi dalam sambutan istimewa ketika menerima kunjungan Chelsea di Anfield awal pagi Khamis ini sebelum berkunjung ke Newcastle pada hari terakhir kempen musim ini.

Disiarkan pada: July 21, 2020 @ 11:48pm
d