arena

Bianca impi sehebat legenda

Oleh Agensi

BINTANG tenis meningkat naik, Bianca Andreescu berkata, dia berharap suatu hari nanti dapat mengatasi pencapaian hebat pemain terbaik dalam sukan itu menjelang persiapan mempertahankan Terbuka Amerika Syarikat tahun ini.

Pemain berusia 20 tahun itu muncul pemain Kanada pertama menjuarai perseorangan grand slam selepas menewaskan Serena Williams dengan straight set di Flushing Meadows tahun lalu tetapi dia belum berpuas hati dengan kejayaan itu.

Sasarannya mudah: Menjadi pemain terbaik dunia dan memecahkan rekod dalam proses itu.

"Saya mahu mengatasi Serena [Williams] dan rekod kemenangannya. Malahan Chrissy Evert, siapa tahu? Margaret Court," katanya kepada CNN Sport.

"Saya suka impi yang hebat, ia memberikan saya lebih motivasi ketika beraksi dan meneruskan apa yang saya lakukan."

Bianca akui masih banyak perlu dilakukannya untuk menjadi setaraf Chris, Serena dan Margaret yang memiliki 18, 23 and 24 gelaran masing-masing tetapi keupayaan menjuarai Terbuka AS tahun lalu menunjukkan dia berada di trek yang betul.

Bagaimanapun, Bianca tidak dapat beraksi dalam tempoh lama selepas tenis tergendala beberapa minggu susulan pandemik koronavirus tetapi kini dia teruja untuk mempertahankan gelaran Terbuka AS yang dijangka berlangsung penghujung bulan depan.

Ramai pemain ternama bimbang dengan penganjuran kejohanan itu yang dianggap terlalu cepat namun Bianca tidak gusar apabila ia bakal diadakan dalam stadium tertutup.

Disiarkan pada: July 23, 2020 @ 1:07pm
d