arena

Marquez boleh berlumba hujung minggu ini

Oleh AFP

JUARA MotoGP, Marc Marquez disahkan cergas untuk beraksi dalam perlumbaan hujung minggu ini Grand Prix (GP) Andalucia selepas 48 jam melakukan pembedahan tangan patah, selepas ia diumumkan oleh pasukan Honda hari ini.

"Cergas untuk berlumba," kata Honda dalam Twitter, disertakan dengan gambar pelumba kelahiran Sepanyol itu menunjukkan tanda bagus ketika membonceng skuter di Litar Jerez.

Juara dunia enam kali itu sebelum ini tidak dijangka untuk kembali berlumba sehingga saingan GP Czech Ogos depan.

Marquez kembali dalam perlumbaan sebelum terbabit dalam kemalangan dalam aksi pembukaan Ahad lalu di GP Sepanyol dari Barcelona sehingga menyebabkan plat titanium dimasukkan dalam tangan kanannya.

Turut diberi lampu hijau berlumba pada pusingan kedua dua lagi pelumba yang terbabit dalam kemalangan hujung minggu lalu pelumba LCR Honda, Cal Crutchlow (pembedahan lengan kiri) dan Alex Rins.

Disiarkan pada: July 23, 2020 @ 11:29pm
d