arena

Michelle Wie jadi penolong pasukan skuad AS

KETUA pasukan Amerika Syarikat Piala Solheim, Pat Hurst memilih Michelle Wie sebagai penolong ketua pasukan menjelang saingan Piala Solheim 2021.

Wie akan menyertai Angela Stanford bekerjasama dengan Hurst apabila pasukan Amerika Syarikat berdepan Pasukan Eropah di Inverness Club di Toledo, Ohio pada 4 hingga 6 September.

"Menamakan Michelle sebagai penolong ketua pasukan adalah satu keputusan yang mudah.

"Dia sebelum ini hanya ingin mengetahui akan terbabit dalam pasukan dan saya dengan segara mahukannya sebagai penolong ketua pasukan," kata Hurst.

Wie menjadi ahli Jelajah LPGA sejak 2009 dan berjaya merangkul lima kejuaraan LPGA, termasuk meraih kejuaraan utama pada 2014 pada Terbuka Amerika Syarikat 2014.

Dia pernah beraksi dalam Piala Solheim, dengan mewakili Amerika Syarikat pada 2009, 2011, 2013, 2015 dan 2017.

Disiarkan pada: July 24, 2020 @ 12:17am
d