arena

Tyson bertarung demi kebajikan

Oleh Agensi

MIKE Tyson mendakwa dia tidak akan mengambil keuntungan sesen pun daripada aksi kemunculan semulanya di gelanggang tinju dengan semuanya akan disalurkan untuk kebajikan.

Legenda heavyweight itu mengesahkan akan bertarung Roy Jones Jr pada 12 September ini dalam aksi pertunjukan lapan pusingan.

Tyson memberitahu kepada TMZ Sports : "Ketika ini saya melakukannya dengan semangat yang tinggi kerana saya melakukannya untuk orang lain.

"Ia akan membabitkan pelbagai kebajikan.

"Tiada siapa yang akan bimbang mengenai saya menjadi kaya, atau iri hati, atau berkata saya melakukan ini untuk wang.

"Saya tidak akan mendapat apa-apa. Saya hanya gembira melakukan perkara ini kerana saya masih boleh lakukan.

Disiarkan pada: July 25, 2020 @ 2:15pm
d