arena

Quartararo menang lagi

Oleh AFP

PELUMBA Perancis Fabio Quartararo melakar kemenangan kedua berturut-turut di Jerez selepas mendominasi Grand Prix (GP) Andalusia, hari ini.

Quartararo yang beraksi bersama pasukan satelit, Petronas Yamaha SRT, mengatasi Maverick Vinales dan Valentino Rossi yang kedua-duanya menggunakan jentera pengeluar Yamaha.

"Ia adalah perlumbaan yang sukar," kata Quartararo yang turut memenangi perlumbaan pusingan pertama selepas aksi MotoGP ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19.

Quartararo kini mendahului 50 mata berbanding juara dunia, Marc Marquez yang tidak beraksi selepas selamat menjalani pembedahan tangan kanan.

Ketika Quartararo mendominasi perlumbaan, Vinales dan Rossi terpaksa bekerja keras menerima saingan daripada dua pelumba Ducati Pramac, Francesco Bagnaia yang pada satu ketika menduduki tempat kedua sebelum mengalami masalah jentera manakala Jack Miller terbabit dengan kemalangan.

Pelumba Jepun, Takaaki Nakagami (Honda-LCR) menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat.

Disiarkan pada: July 26, 2020 @ 9:36pm
d