arena

Ronaldo berpesta dalam kapal mewah

Oleh Agensi

CRISTIANO Ronaldo meluangkan masa berehat di atas kapal mewah bersama teman wanitanya, Georgina Rodriguez dan anak mereka.

Bintang Portugal itu turut meraikan kejayaan selepas Juventus muncul juara Serie A Itali bersama rakan rapatnya dari pasukan itu.

Bekas wira Manchester United memuat naik beberapa keping gambar di Instagram dengan menulis : "Tiada yang lebih baik selain meraikan kejayaan bersama orang tersayang."

Georgina turut berkongsi beberapa gambar yang mencuri perhatian pengikut media sosialnya.

Selain berada di atas kapal mewah pasangan itu turut berhibur dan menikmati pemandangan menarik di laut.

Disiarkan pada: July 29, 2020 @ 2:37pm
d