arena

Baiknya bintang Man United

Oleh Agensi

MARCUS Rashford memanfaatkan masa lapangnya dengan meneruskan kerja-kerja amal membantu mereka yang ditimpa kesusahan.

Bintang Manchester United berusia 22 tahun itu baru sahaja membantu pasukannya mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara selain meledak 17 gol pada saingan Liga Perdana Inggeris.

Ketika bintang bola sepak lain bercuti untuk melapangkan fikiran sebelum bermulanya aksi Eropah bulan depan, Rashford terus membantu menghulurkan bantuan makanan kepada mereka yang memerlukan.

Bintang England itu berjaya memohon kepada kerajaan untuk memanjangkan pemberian makanan percuma pada musim cuti persekolahan ketika dia turut membantu mengumpul dana sebanyak £20 juta (RM110.2 juta) untuk membantu kanak-kanak susah.

Rashford memuat naik gambar di Instagram menunjukkannya membantu mengangkat barang di sebuah kilang bersama barisan pekerja lain untuk Fare Share UK.

Dia menulis: "Kepada semua kakitangan, sukarelawan dan mereka yang terus bekerja untuk melakukan perubahan, terima kasih!

"Dunia memerlukan lebih banyak orang seperti anda. Teruskan usaha murni ini."

Disiarkan pada: July 29, 2020 @ 10:11pm
d