arena

Juventus dimalukan Cagliari

Oleh AFP

JUVENTUS mencatat kekalahan memalukan 0-2 ke atas Cagliari pagi ini, beberapa hari selepas mengesahkan gelaran kesembilan berturut-turut Serie A selain menanti saingan kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Luca Gagliano penyerang berusia 20 tahun, Cagliari, menjaringkan gol pembukaan lapan minit permainan dalam perlawanan Serie A pertamanya, mengatasi penjaga gol veteran Juventus, Gianluigi Buffon untuk menjaringkan gol pertama dalam liga utama itu.

Dan pemain muda Itali bergandingan dengan Giovanni Simeone pada minit akhir babak pertama untuk memberikan Cagliari kemenangan pertama ke atas Juventus dalam tempoh 11 tahun.

Cristiano Ronaldo terlepas peluang untuk merapatkan kedudukan dengan penjaring terbanyak Serie A, Ciro Immobile.

Bintang Portugal itu kini ketinggalan empat gol di belakang penyerang Lazio yang mencetak 35 gol dengan hanya berbaki satu perlawanan.

Pemenang lima kali Ballon d'Or memperoleh gol yang dibatalkan kerana ofsaid selepas 16 permainan dan dinafikan dua kali oleh kecekapan penjaga gol Cagliari, Alessio Cragno ketika kelab Sardinians yang berada di kedudukan ke-13 menamatkan kemarau kemenangan dalam lapan perlawanan.

Ia aksi yang membimbangkan buat skuad kendalian Maurizio Sarri yang hanya menang dua daripada tujuh perlawanan terakhir mereka.

Ketika tonggak penyerang, Paulo Dybala dan Douglas Costa bergelut dengan kecergasan menjelang perlawanan Liga Juara-Juara berdepan Lyon di Turin pada 8 Ogos apabila mereka perlu mengubah defisit 0-1 pada perlawanan pertama.

Disiarkan pada: July 30, 2020 @ 7:54am
d