arena

Hamilton mampu 'potong' Schumacher

Oleh AFP

LEWIS Hamilton dijangka mampu mengatasi rekod Michael Schumacher sekali gus muncul pemandu Formula Satu (F1) terbaik sepanjang zaman, menurut pengerusi Ferrari, John Elkann.

Hamilton berpeluang menyamai rekod tujuh kejuaraan dunia milik Schumacher pada musim ini.

Elkann berkata Hamilton adalah pemandu luar biasa yang mampu menjadi pemandu paling terbaik sepanjang zaman.

"Perpindahannya dari Mclaren ke Mercedes bukanlah mudah. Ketika itu ia tidak jelas tetapi kemudian menjadi pilihan paling tepat," katanya.

Menjawab kritikan pemandu Britain itu meminta pasukan Itali berkenaan melakukan lebih banyak kempen mengenai kepelbagaian dan hak sama rata, Elkann mempertahankan Ferrari.

Katanya, Ferrari adalah syarikat pertama yang memperkenalkan tangga gaji sama rata antara wanita dan lelaki dengan kelayakan dan tugas yang sama.

Hamilton, satu-satunya pemandu berkulit hitam, pernah mengkritik Ferrari yang dilihat tidak memberi sokongan kepada kempen anti rasis.

Disiarkan pada: July 30, 2020 @ 10:21pm
d