arena

Kapten Saint-Etienne, Perrin bersara

Oleh AFP

LOIC Perrin yang beraksi dalam keseluruhan kariernya bersama kelab kampung halamannya, Saint-Etienne mengumumkan persaraan hari ini.

Penampilan akhir pemain berusaha 34 tahun itu adalah pada final Piala Perancis, Sabtu lalu, apabila dia dilayangkan kad merah selepas melakukan kekasaran ke atas bintang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe ketika Saint-Etienne tewas 1-0.

"Sekalipun saya mengharapkan satu lagi penamat, saya sangat gembira dan bangga dengan karier dalam tempoh 17 musim sebagai pemain bola sepak profesional.

"Dengan graf turun dan naik tetapi saya sentiasa memberikan yang maksimum kepada diri saya." catat Perrin menerusi Instagram.

Pemain pertahanan itu menyertai Saint-Etienne pada usia 12 tahun dan beraksi lebih 470 perlawanan buat kelab dan kapten pasukan itu lebih dari sedekad.

Dia dipanggil menyertai skuad Perancis beberapa kali kejohanan nanti tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan.

"Ia sangat beremosi apabila saya mengumumkan beraksi perlawanan terakhir bersama kelab tunggal saya ini pada final Piala Perancis, Sabtu lalu." katanya.

Disiarkan pada: July 31, 2020 @ 7:53am
d