arena

Giro d'Italia tambah peringkat perlumbaan

Oleh AFP

PENGANJUR perlumbaan Giro d'Italia 2020 mengesahkan penambahan peringkat pendakian penamat pada kejohanan yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.

Perlumbaan dijangka pada 3-25 Oktober, lima bulan selepas dianjakkan dari Mei lalu kerana penularan Covid-19.

Asalnya perlumbaan selama tiga minggu itu dijadualkan bermula di Hungary tetapi empat peringkat awal tidak akan membabitkan Sicily.

Minggu pertama sudah diubah dengan tambahan perlumbaan di kepulauan Mediterranean.

Selepas perlumbaan menjelajah tanah besar akan ada tambahan perlumbaan pecut di peringkat kelima dekat Matera dan pelumba akan menempuhi pendakian Roccaraso di daerah Abruzzo pada peringkat keenam.

"Dua minggu terakhir di Giro kekal tanpa perubahan daripada jadual asalnya, dengan permulaan perlumbaan diadakan di Lanciano," tambah penganjur bagi bandar di tengah daerah Abruzzo itu.

Perlumbaan itu akan bertindih dengan Vuelta a Espana dan sama tempoh dengan tiga perlumbaan klasik 'Monument'.

Disiarkan pada: July 31, 2020 @ 11:46am
d