arena

Aubameyang bantu Arsenal julang Piala FA

Oleh AFP

PIERRE-Emerick Aubameyang muncul wira selepas membantu Arsenal meraih gelaran Piala FA buat kali ke-14 apabila dia menjaringkan dua gol ketika menumpaskan Chelsea 2-1 dalam perlawanan akhir awal pagi ini di Stadium Wembley.

Bagaimanapun, Christian Pulisic terlebih dulu meletakkan Chelsea di depan hasil jaringan pembukaan pada seawal minit kelima.

Kesilapan Cesar Azpilicueta menjatuhkan Aubameyang dalam petak penalti mengundang padah sebelum ketua pasukan The Gunners itu sendiri menyempurnakan tugas dengan cemerlang pada minit ke-28.

Penyudah mantap Aubameyang ketika perlawanan berbaki 23 minit mengesahkan trofi sulung buat Mikel Arteta pada penampilan pertamanya sebagai pengurus Arsenal musim ini.

Disiarkan pada: August 2, 2020 @ 6:39am
d