arena

Teman wanita Ronaldo murah hati derma hampir RM100,000

Oleh Agensi

GEORGINA Rodriguez bermurah hati menderma sebanyak £18,000 (RM99,851) untuk menangani pandemik Covid-19.

Model Sepanyol itu memberikan derma peribadinya kepada kempen yang bertujuan untuk mempercepat tindak balas saintifik terhadap virus Covid-19.

Dia memuat naik gambar di Instagram menunjukkan sokongannya kepada pergerakan itu dengan tanda pagar #YoMeCorono.

Berasal dari Sepanyol - yang terjejas teruk akibat Covid-19 - kempen itu sudah mengumpul sebanyak £2.1 juta (RM11.6 juta).

Rodriguez menerusi keterangan gambar berkata: "Saya juga mahu turut serta dalam penyelidikan vaksin Covid 19, cuba melakukan yang terbaik. #YoMeCorono."

Ini bukanlah kali pertama teman wanita Cristiano Ronaldo itu melakukan kerja-kerja amal dalam usaha menangani pandemik Covid-19.

Model berusia 26 tahun itu sebelum ini melelong banyak jenamanya untuk membantu mengumpul wang untuk hospital di Sepanyol selain menyumbang 20,000 pelitup muka.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: August 2, 2020 @ 9:40pm
    d