arena

Horsfield tunjuk handal di gelanggang sendiri

Oleh AFP

PEMAIN golf England, Sam Horsfield berjaya mengawal gemuruh untuk meraih kejuaraan sulung Jelajah Eropah di Terbuka England awal pagi tadi.

Horsfield berjaya mendahului satu pukulan pada pusingan terakhir dan berjaya mengumpul 68 di hari penutup untuk melakukan keseluruhan 18 di bawah par, mengatasi pemain Belgium, Thomas Detry.

Detry membenam birdie pada lubang ke-17 untuk mendahului buat kali pertama, sebelum terkandas dengan bogey pada lubang terakhir.

Ia membolehkan Horsfield hanya memerlukan satu di bawah par pada dua lubang terakhir.

Dia melakukan birdie di lubang ke-17 dan selepas memulakan pukulan dengan berhati-hati di lubang terakhir.

"Ia sangat tidak masuk akal. Saya tidak boleh menggambarkan perasaan saya ketika ini. Ketika di lubang ke-17 memang saya mahu mendapatkan keputusan baik dan berjaya melakukannya di sana," kata Horsfield.

Seorang lagi pemain England, Chris Paisley, bersama Oliver Farr (Wales) dan Alexander Bjork (Sweden) berkongsi tempat ketiga selepas melakukan 14 di bawah par.

Pemain Sepanyol, Miguel Angel Jimenez, yang beraksi di kejohanan ke-707 Jelajah Eropah, mencatat tujuh di bawah par 72 bagi meraih kedudukan ketujuh, 11 pukulan di belakang juara.

Disiarkan pada: August 3, 2020 @ 10:32am
d