arena

City ikat Nathan Ake

Oleh AFP

MANCHESTER City menandatangani pertahanan Bournemouth, Nathan Ake dengan perjanjian lima tahun dan menjadi pemain kedua tiba di Etihad pada jendela perpindahan musim panas ini.

Skuad kendalian Pep Guardiola yang gagal mempertahankan kejuaraan Liga Perdana dilaporkan bersetuju dengan yuran sekitar £40 juta (RM219.98 juta) bagi mendapatkan pertahanan tengah Belanda yang berpotensi meningkat kepada £41 juta (RM225.5 juta).

Ia hadir sehari selepas kelab itu mengumumkan mereka berjaya mendapatkan sayap bawah 21 tahun Sepanyol, Ferran Torres dari Valencia.

"City adalah pasukan terbaik di England sepanjang dekad lalu," kata Ake, 25, dalam kenyataan yang dikeluarkan kelab itu.

"Menyertai kelab ini adalah impian bagi saya. Ini adalah sebuah pasukan yang terbaik dan dipenuhi pemain bertaraf dunia.

"Di mana saja dalam skuad ini terdapat nama besar dengan bertaraf antarabangsa."

Pengarah Bola Sepak City, Txiki Begiristain berkata : "Nathan adalah pertahanan yang berkualiti. "Dia antara tonggak pasukan ketika beraksi di Bournemouth dan saya berbesar hati kerana kami berjaya membawanya ke sini.

"Dia mempunyai kekuatan dan pantas, malah kami merasakan dia calon sesuai dalam pasukan.

Disiarkan pada: August 6, 2020 @ 8:30am
d