arena

Tuchel optimis kemampuan Mbappe

Oleh AFP

JURULATIH Paris Saint-Germain, Thomas Tuchel bimbang Kylian Mbappe mungkin tidak dapat memastikan dirinya cergas untuk perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara berdepan Atalanta, minggu depan.

Bintang PSG mengalami kecederaan pergelangan kaki kanan selepas berdepan terjahan keras perlawanan final Piala Perancis menentang Saint Etienne pada 24 Julai lalu.

"Saya melihat Kylian setiap hari di pusat latihan, dia berkerja keras hampir 24 jam sehari bersama anggota fisioterapi, tetapi ia terlalu hampir," kata Tuchel.

"Kami bercadang untuk memeriksa keadaannya bersama doktor pada Sabtu ini untuk melihat jika ada kemungkinan dia boleh berada dalam senarai pemain berdepan Atalanta, tetapi saya tidak begitu mengharap."

Ketiadaan bintang yang memenangi Piala Dunia itu memberi tamparan hebat kepada kelab milik warga Qatar yang akan berdepan wakil Itali di Lisbon, Khamis depan selepas merangkul kejuaraan treble domestik.

Tuchel juga dijangka tidak dapat menggunakan khidmat pemain tengah, Marco Verratti yang dilaporkan mengalami kecederaan paha ketika latihan.

Namun jurulatih itu berharap "pemain utama" Juan Bernat akan memainkan peranan penting dalam aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara dalam tempoh empat tahun buat kelab itu.

Disiarkan pada: August 6, 2020 @ 9:47am
d